ASSALAMUALAIKUM...
dengan ini sya ingin memaklumkan bahawa saya telah berpindah BLOG..
link di ats ( click hijrah ku :)) ) adalah blog bru sya..
harap maklum.. terima kasih :))
Monday, 11 October 2010
Thursday, 7 October 2010
Wednesday, 6 October 2010
Cinta Seorang Ayah :))
Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....
Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.
Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

Tuesday, 5 October 2010
chenta OH chenta !
DEFINISI cinta itu amat besar..
cinta pada ALLAH..
cinta pada RASUL-NYA...
cinta pada MANUSIA...
dan banyak lagi..
cinta pada MANUSIA;
kita sentiasa merasakan cinta itu indah..
berbunga-bunga perasaan kita apabila dibicarakan tentang cinta..
cinta, cinta, cinta..
tidak pernah kita jemu mendengar perkataan itu..
kerana cinta hadir dalam hari2 yang kita lalui...
cinta;
sanggup berkorban apa sahaja..
demi insan yang tersayang..
sanggup menggadai nyawa..
sanggup menggadaikan maruah diri..
oh.. alangkah indahnya saat si dia memegang tanganku..
alangkah indahnya saat dia mencium pipiku..
alangkah indahnya saat kami b'pelukan..
terasa hangatnya spt hangatnya percintaan ini..
alangkah indahnya saat itu..
tapi kita sering lupa akibatnya..
kita sering lupa pada ajaran-Nya..
kita sering lupa pada agama kita..
kita mudah ALPA!
tudung?
kita juga mudah lupa pada tudung yg kita pakai..
mudah lupa sifat2 kita sbagai seorang muslim..
tidak salah jika hendak bercinta..
tetapi..
kita harus berada di landasan yang betul..
kita dengan tidak segan silu..
memegang tangannya dihadapan umum..
tidak segan silu..
berasmara dengannya..
walaupun pada bulan yg mulia..
akhirnya..
kita yg menanggung semua itu..
selama 9 bulan mengndungkan benih yg kita tanam..
tapi..
harus kita igt..
bahawa..
bukan kita sahaja yg menanggung semua perbuatan kita..
tidakkah kita igt ibu bapa kita?
mereka menanggung malu untuk seumur hidup kita..
bayangkanlah..
betapa seksanya mereka..
dan orang yang paling tidak berdosa menjadi MANGSA!
zuriat yang dikandung selama 9 bulan,
dibuang seperti SAMPAH!
manusia itu tidak sempurna,
sering melakukan kesilapan..
tetapi adakah kita mahu merosakkan diri kita yg sememangnya tidak sempurna ini??
baliklah ke pangkal jalan..
muhasabahlah diri kita..
wassalam :))

Sunday, 3 October 2010
jom jalan2 :))
mr & mrs Azwan came 2 my house :))
so, today!
my activities are..
mandi..
sediakan breakfast..
ops.. jgn silap.. misz just tolong hidangkan jer.. hehe :P
and then, makan la... that's my favorite thing.. haha..
sedap ibu masak mee kuah ary ney.. nyum2..
plus! ade roti canai.. very2.. sodap la!
melantak jer kerja misz.. haha..
btw, misz nk g jalan2 ngan parents + mr & mrs azwan :))
act, misz tgh tggu result generasi hebat 4 contest yg bru dibuat 2..
hadiah??
dpt 2 pas masuk percuma g konsert af8 (10/10/10)
best 2 :))
k la.. GTG .. assalamualaikum :))

Subscribe to:
Posts (Atom)